![]() |
Gambar lukisan ni di ambil dari tepi. Kalau dari depan lagi nampak real dan timbul. Sayangnya lukisan dia dah dicuri orang. |
Wednesday, August 14, 2024
Perkenalan Dengan Isteri di Matrik UIA
Wednesday, October 28, 2020
Mencari Damai di Hati
Assalamualaikum,
Lamanya tak update blog. Sampaikan blog ni dah tak trend dah macam dulu. Sekarang orang ramai suka share content dalam bentuk vlog daripada blog. Nak buat macam mana? Masing-masing ada tembolok. Kena kreatif mengais rezeki di sebalik butang-butang teknologi.
By the way, aku dah thirty three.
Anak dah 4. Dua perempuan dua lelaki.
Wife tetap seorang. Kekasih cinta hati sejak university. I love you so the very much lah! Alhamdulillah! kekal jodoh, kekal comel di wajah! Hehehe
Kalau ikutkan bila wife tanya nak anak berapa? Aku selalu jawab 21. Hinggalah tahun 2020 ni. Aku mula jawab, 4 tu cukuplah dulu. Wakaka! Sedangkan sungai lagikan berubah, apatah lagi hati manusia.
Makin tua makin berpijak di bumi nyata. Makin menyampah dengan politik, makin menghargai keluarga dan kawan-kawan yang masih ada.
Adik aku Zairul a.k.a Alu dah meninggal dunia. Dia nikah dulu sebelum aku, dia ke barzah dulu sebelum aku. Sungguh aku rindu. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Moga rohnya dicucuri Rahmat. Kami adik beradik kamu akan menyusul juga Alu.
Sekarang Covid-19 masih bermaharajalela.
Siapa sangka tahun 2020 bukan kereta yang berterbangan sebaliknya virus yang berterbangan di udara?
Allah sahajalah tempat kami berlindung.
Risau keselamatan dan kesihatan anak-anak, ahli keluarga, sedara mara, dan rakan-rakan.
Moga kita semua selamat dilindungan Tuhan.
Aku baru je set up Youtube Channel aku https://youtube.com/user/MrJoejiTakash
Sajalah buat tambah-tambah pendapatan. Nak ngajor budak-budak melukis je. Moga-moga ada manfaatla menghilangkan bosan kanak-kanak yang tak dapat ke sekolah di musim covid ni. Korang subcribe la tau. Siapa tak subscribe dia tak cool.
lol.
Oklah, ngantuk sudah.
Nak tido. Esok sambung set up Youtube lagi. Kome support la aku. Bagi aku kaya. tau? Wakaaka!~ Dah, bye.
Friday, January 24, 2020
Sunday, June 9, 2019
Selamat Hari Raya 2019!!
So, raya korang tahun ni macam mana? Raya aku tahun ni biasa-biasa je. Beli baju raya pun malam sebelum balik raya tu. Beli kat Jakel je senang. Cutting diorang dah cantik dan sesuai untuk badan orang Asia. Malas nak tempah kat kedai jahit. Ada pengalaman tempah seluar sekolah je dulu waktu sekolah menengah. Lepas tu semua pakaian aku, aku beli yang dah siap je. Sebagai lelaki maskulin, mestilah aku berperwatakan sangat maskulin dengan
Tuesday, August 26, 2014
[Episode 2] Perkenalan Dengan Isteri di Matrik UIA -Teknik 2 Minggu
![]() |
Bukti aku dulu kurus. Gambar ini telah menggemparkan
para pengguna FB kerana jawline ala-ala manga katenye.
(cakap jela kacak. kan senang.. hihi sugarcoat pulak)
|
![]() |
Grimjow Jaegerjaquez- Espada dalam Siri Anime Bleach berkemungkinan besar meniru bentuk jawline aku. |
![]() |
Demo silat sewaktu menyambut kedatangan baginda Sultan Pahang (apa kaitan?) |
Ni kawan-kawan kelas aku yang banyak simpan rahsia aku waktu tu. Diorang la yang banyak nasihatkan aku waktu aku frust dulu dan waktu aku nak ngayat Aishah. Tapi bukan nasihat cara nak ngorat la. Nasihat supaya elakkan zina mata dan hati. huhu. Bagus diorang ni.. Totally husband material. Tapi malangnye diorang semua......
![]() |
Muhammad bin Abdullah @ Mat berasal dari Kelantan. Married. |
![]() |
Yushah Latif @Yushah bukan mat saleh dan tentunya bukan Superman. Juga berasal dari Kelantan. Married. |
![]() |
Ihsan Shaharil @Ehsan. Yeop pehak piyo tapi duk Bangi. Bekas ustaz kepada adik ipar aku katenye. Married. |
(Kakak-kakak senior dia semuanya usya peliklah! Diorang anggap aku player waktu tu so diorang nak jaga adik junior diorang yang Aishah ni supaya tak terjerat dengan "player" macam aku. Rival aku pun usya tak berkedip dari belakang tengok aku bercakap dengan Aishah waktu tu. Haaa~ jangan ingat aku diam, aku tak making "the move". Ibarat tarik rambut dalam tepung bhai. Pesilat kena la gemalai tari langkahnya dan bisa serangannya. Hahahaha~! Gelak jahat seround. Diorang semua tak tahu aku kapel dengan Aishah sampai lah kitorang masuk main campus UIA. Terer gak rupanya aku ni. Pujiku sendiri. Ok, balik semula cerita tadi..)
![]() |
Phewwit! |
Tak silap, potret pertama yang aku bagi kat dia ialah yang background hitam tu. |
How to turn a "NO" into a "YES"?
Lepas dia tak tahan sangat, last2 dia confess.. Aku takkan lupa tarikh keramat tu. Tepat pada tarikh 5/2/2007. Pukul 2 pagi. Aku bertemankan Adni, member sebilik, teman borak sebelum tidur. Aishah lafazkan the "L" word melalui mesej. Tu dia.. Lega. Alhamdulillah berjaya~!!! Aku tak ingat sangat butir mesej dia tapi dia kata, dia baru sedar betapa pentingnya aku dalam hidup dia. Heuheu! K.O! I win~!
Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
Huraian:
Sesungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah S.W.T. sebagai pengganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberikannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.
![]() |
Bosan gila kena pakai baju seragam. Haha Matrics2... |
![]() |
Jamuan makan kelas English |
![]() |
Yang tinggi tu Yushah. Antara pemegang mohor besar rahsia-rahsia. Lokasi: Pengkalan Balak |
![]() |
Tok Ketua nak present. Dengar molek semua~! |
![]() |
Spot my wife ! Where is she? |
![]() |
Project tak siap lagi. Bergambor kenangan dulu. |
![]() |
Ni birthday kawan sekelas. |
![]() |
Terlalu kurus sampai baju nampak besar gila. |
Friday, May 30, 2014
JENIS LELAKI DAN KEMANDIRIAN SPESIES
Tuesday, May 20, 2014
APA MAKNA CINTA?
Berseni melancholia
Walau tanpa intan permata
Hati yang merasa akan merana
Dendam rindu menjadi pendeta
Indah di awal bahagia di akhirnya
Cinta itu
Sebenarnya bukan menyusah
Tiada di jual di dalam Mudah
Ianya nikmat kurniaan Allah
Semua makhluk merasa indah
Dua jiwa yang bercinta
Mungkin kerana paras rupa
Jatuh ke hati melalui pandangan mata
Menunduk pandangan itulah ubatnya
Justeru cinta itu apa?
Pasti bukan kerana paras rupa
Budi luhur penuh kesaktiannya
Memandang ikhlas kahwinlah muda
Ayat-ayat cinta
Jangan kerana cinta itu buta
Sedarlah Allah juga yang mencipta cinta
Berkorban itu yang paling utama
Mendidik sulbi dan suri ke arah agama
Kasih sayang pengikat keluarga
Zuriat lahir menjadi insani
Iman dan Ihsan asas Islami
Inilah cinta yang eternity
Dari dunia sampai syurgawi
Justeru cinta itu apa?
Cinta itu pengorbanan tuan-tuan
Cinta itu mengorbankan ego lelakimu
Cinta itu mengorbankan tubuh sihat mu
Cinta itu mengorbankan masamu
Cinta itu mengorbankan ke-remajaanmu
Cinta itu mengorbankan rajuk tawamu
Cinta itu mengorbankan kemalasanmu
Cinta itu ertinya
Menerima dia apa adanya
Menerima dia saat dia tiada apa-apa
Menerima dia saat kau diluka dengan kata-kata
Menerima dia saat semua yang lain mencerca
Menerima dia saat dia perlu dimanja
Menerima dia saat kau tidak boleh menerima dia
Menerima dia saat marahmu membunuh kesabaran jiwa
Menerima dia demi Tuhan yang Maha Pencipta!
Sukar?
Janganlah bercinta..
Kerana cinta hanya untuk MEREKA YANG MENGERTI
Nikmatnya cinta....
Indahnya cinta..



