Friday, May 30, 2014

JENIS LELAKI DAN KEMANDIRIAN SPESIES

Sekarang pukul 4 pagi. Selalu waktu-waktu macam ni aku tengah siapkan kerja ilustrasi buku kanak-kanak atau melukis komik atau mewarnakan komik sambil melayan Family Outing season 1. Season 2 tak tengok. Tak berkualitas.

Entah sebab apa pagi ni tak ada mood pulak nak buat kerja tu semua. Dari tadi terbelek-belek Facebook membaca isu-isu semasa. Insaf tengok komen-komen, status-status Facebook yang saling menghentam sesama sendiri. Sedangkan kata-kata diorang tu cerminan diri diorang sendiri jugak. 

Dulu kecik-kecik aku ingat perempuan semua mcm fairy. Diorang baik, sopan santun, tak kentut tak berak. Yelah, mcm fairy tale tu. Angelic la senang cerita. Tapi sejak ada Facebook ni, mimpi indah tu semua musnah dek kerana bahasa para gadis yang tidak membudayakan bangsa sejak mutakhir ini. Bukan semualah. Yang berakhlak tu tentulah dari pantulan iman. Tapi yang sebilangan itu dah cukup meretakkan cermin mimpi dan lamunan


Di balik cermin mimpi 

Aku melihat engkau 
Di dalam engkau 
Aku melihat aku 
Ternyata kita adalah sama 
Di arena mimpi yang penuh bermakna


*        *          *          *

Dengan tersingkapnya tabir siang 

Wajah kita jelas terbayang 
Dan terpecah cermin mimpi 
Menjadi sinar pelangi 
Pelangi

M. Nasir - Di Balik Cermin Mimpi

Suka sangat bait-bait puitis rangkap di atas. Penuh makna. Aku bukan nak kutuk perempuan dalam entri ni. Apatah lagi bermain polis entri wan to jaga, jauh sekali. Entri ni aku nak cerita pasal lelaki dan macam mana nak memilih mereka sebagai suami.

Lelaki ni ada beberapa jenis yang wujud di muka bumi sekarang berdasarkan pemerhatian aku selama berkecimpung dalam industri kelakian ini. Berdasarkan jenis-jenis lelaki ni, ada yang sesuai di buat laki (baca: suami), ada yang sesuai jadi kawan je (friendzone), ada yang sepatutnya dikuarantin kan, dan ada yang patut dilepaskan.

Pertama: Playboy
Playboy atau nama saintifiknya  Playeriona Cardinata atau dalam bahasa mudahnya "Buaya Darat" merupakan parasit yang sentiasa wujud sejak zaman Cro-Magnon. Buaya Darat tidak pernah menjadi spesies terancam kerana membiak dengan mudahnya as soon as they hit their puberty. 

Playboy tiada kaitan dengan Felixia Yeap, sebaliknya adalah lelaki-lelaki yang ada rupa paras menarik dan suka test market bila jumpa perempuan-perempuan cantik atau yang tak cantik. Mereka tidak pernah berniat untuk menjalinkan hubungan serius dengan perempuan terbabit tetapi hanya seronok mengayat dan mengumpul aweks dengan bertujuan nak menunjuk-nunjuk kat member diorang yang diorang tu hot stuff.

Symptom-symptom seorang Player:
1. Ada rupa/sedap dipandang mata
2. Watak penggoda
3. Kata-kata manis mencairkan hati
4. Biasanya date (bukan kurma) lebih dari 2 orang aweks dalam satu2 masa.
5. Suka mengambil kesempatan

Kawalan racun perosak:
1. Tundukkan pandangan
2. Jangan bercakap dengan lelaki ajnabi melazatkan ajnabi menyelerakan  jika tiada urusan rasmi atau keagamaan
3. Kawal hati dengan zikrullah (ingat Allah) zikr maut (ingat mati) dan bacalah al-Quran
4. Kentut di hadapannya sekuat mungkin (biar dia lari)
5.Tafkan badan dengan melakukan push up biar badan jadi bulky. Kebanyakan lelaki turn off bila tengok awek katang. Tak caya, tanya Azhari.

Kedua: Lone Ranger
Lone Ranger atau dalam bahasa saintifiknya Lionel Richie merupakan seorang lelaki yang tak meletakkan perempuan sebagai prioritas utama mereka. Jenis lelaki ini bukan membenci wanita sebaliknya lebih suka untuk tidak menjalinkan hubungan serius dengan sesiapa. Mereka prefer untuk lambat berkahwin dan bercita-cita tinggi untuk enjoy dulu dengan kawan-kawan sebelum kahwin . 



Sesetengah lelaki ini pula masih belum mampu memberi komitmen kerana ingin berjaya terlebih dahulu dalam kerjaya atau tidak tahu bagaimana mengayat aweks. Ada beberapa kes aku pernah hadapi dimana aku bertindak sebagai penasihat dalam subjek cinta. Aku tak pakar. Tapi sebagai kawan, mestilah aku akan cuba membantu sebaik mungkin. Ada satu kes, dia dah berjaya ajak awek ni keluar date. Tapi bila bersembang tentang cinta dengan awek tu, dia boleh gunakan istilah-istilah ketenteraan dan peperangan dalam perumpamaan yang diberi. Jenuh awek tu nak paham. 

Symptom-symptom seorang Lone Ranger:
1. Tidak pandai mengayat
2. Pandai mengayat tapi tak boleh beri komitmen
3. Minat/jatuh cinta pada perempuan yang tak membalas semula cintanya (bertepuk sebelah tangan)
4. Ingin bercinta tapi sikapnya membosankan aweks.
5. Mengutamakan dirinya sendiri 
6. Tak suka didesak oleh perempuan
7. Motto, "No women no cry"
8. Hidup secara koloni bersama geng2 mereka

Cara mengatasi:
1. Kalau lelaki (suami) tak pandai mengayat, anda cubalah mengayat mereka dengan kata-kata manja. Lelaki suka perempuan yang manja. Tapi jangan menggedik. Lelaki jenis ni paling pantang dengan perempuan gedik.
2. Kalau dia tak boleh beri komitmen, carilah lelaki yang boleh beri komitmen macam aku. Bukan nak suruh pilih aku! Jangan silap paham pulak. Lepaskanlah mereka yang tak dapat beri komitmen.
3. Kalau tak minat dengan mereka, tolak lah cinta mereka dengan baik.
4. Kalau jatuh cinta dengan mereka, cubalah untuk tidak membiarkan kebosanan mereka menguasai anda. Anda kawal lah suasana biar ceria.

Ketiga: Friendzone
Friendzone atau dalam bahasa saintifiknya Boyzone Terminalis turut dikenali dengan singkatan nama "So-so". Lelaki jenis ini biasanya jenis mudah ramah dengan perempuan bukan atas dasar nk buat aweks, tetapi cukup sekadar berkawan.

Lelaki jenis ini kadang-kadang tersilap dalam menafsirkan perasaan mereka ketika bergaul dengan perempuan. Mereka boleh menyangka perasaan sayang mereka terhadap kawan perempuan mereka itu adalah cinta sedangkan sebenarnya bukan. Mereka hanya sayangkan perempuan terbabit sebagai kawan.

Masalah mula timbul jika mereka membuat perempuan itu jatuh cinta dengan mereka. Kerana nak jaga perasaan perempuan tersebut, akhirnya mereka menjalinkan hubungan serius. 

Symptom-symptom seorang Friendzone:
1. Korang boleh gelak mengilai depan diorang.
2. Dia tak pandang tepat ke mata korang 
3. Semua perkara yang dibualkan tak masuk ke hati
4. Banyak berkongsi hobi yang sama. Contoh: Suka lagu Too Phat-Clap to This
5. Feels like he is your soul mate and you were made to be together but in reality you guys were never meant for each other.

Cara-cara pembasmian:
1. Elak dari berkawan rapat
2. Jangan mesej or kol selalu walaupun konon2 fisabilillah
3. Banyakkan rapat dengan kawan perempuan even if they hate your guts.

Keempat: Sex Maniac
Sex Maniac lebih dikenali sebagai Masuk Air atau dalam bahasa saintifiknya Water Retention. Lelaki jenis ini adalah sangat merbahaya kerana sex drive yang terlalu tinggi akibat keterlaluan menonton video lucah dan tidak menundukkan pandangan mata. Lebih membimbangkan jika mereka lambat berkahwin dan suka mengayat aweks.

Symptom-symptom:
1. Suka cakap lucah yang keterlaluan
2. Kuat mencarut
3. Senang horny (mungkin ada yang boleh kesan atau nampak bila phoenix mereka bangkit)
4. Suka tenung body anda (korang mesti boleh perasan punya kan?)
5. Tak cakap perkara serius
6. Suka mesej anda ajak keluar waktu malam.

Cara pembasmian: 
1. Jika nampak tanda-tanda di atas, terus jarakkan diri anda. Kalau anda sedar tapi buat tak tahu juga, tu tandanya anda juga gatal. Nak benda yang sama.
2. Ingat larangan Allah. Jauhi zina.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian yang aku boleh beri kat korang setakat ni. Yang paling penting dalam pemilihan calon suami ni korang kena tengok hati diorang. Sebab apa kena tengok hati dia? Sebab Allah pun tak pandang paras rupa dan sikap luaran. Allah melihat hati kita. Keikhlasan yang tersembunyi di sudut hati tu hanya Allah yang tahu. Jadi, untuk mendapat calon suami yang baik sebenarnya jalan pintas dia ialah dengan bermunajat memohon pada Allah untuk memberi kita yang terbaik. 

In case kita tiba-tiba dipinang lelaki yang tak dikenali pulak macam mana? Mudah je, buat solat istikharah. Paling senang sekali minta direct pertolongan Allah. Allah pasti memberikan jodoh yang terbaik untuk kita. Sebab seteruk mana pun pasangan kita, pasti ada hikmah di masa hadapan untuk kita yang telah Allah aturkan. Kalau tidak kita miliki hikmah itu di dunia, di akhirat kelak syurga menanti sebagai balasan bagi mereka-mereka yang sabar. 
Insya-Allah.







2 comments:

  1. tak pasal2 abg katang pun masuk dalam nih....hahaha

    ReplyDelete