Tuesday, May 20, 2014

APA MAKNA CINTA?

Cinta?

Entah. Ke atas juga kepala ku di arah

Dekat nak tembus siling rumah

Jawapan yang ada bukan mudah

Kopi di bancuh merawat gundah








Subjektif itu satu jawapan

Atau mungkin satu alasan

Objektif hanya pada pandangan

Guardian of the Galaxy mengganggu pemikiran




Cinta itu tersirat ciptaannya

Tak nampak di mata 

Berbekas di jiwa

Bermadah pujangga

Berseni melancholia

Walau tanpa intan permata

Hati yang merasa akan merana

Dendam rindu menjadi pendeta

Indah di awal bahagia di akhirnya



Cinta itu

Sebenarnya bukan menyusah

Tiada di jual di dalam Mudah

Ianya nikmat kurniaan Allah

Semua makhluk merasa indah



Mungkin Allah menguji kita

Dalam ujian diselit didikan

Mengajar erti penciptaan manusia

Kerana Cinta-Nya lah, apakah bukan?


"Maha Suci Zat yang telah menciptakan berpasang-pasangan semuanya dari apa yang ditumbuhkan bumi dan dari diri-diri mereka sendiri dan dari apa yang tidak mereka ketahui." (Yaasiin : 36 )


Dua jiwa yang bercinta

Mungkin kerana paras rupa

Jatuh ke hati melalui pandangan mata

Menunduk pandangan itulah ubatnya




Justeru cinta itu apa?

Pasti bukan kerana paras rupa

Budi luhur penuh kesaktiannya

Memandang ikhlas kahwinlah muda





Ayat-ayat cinta

Jangan kerana cinta itu buta

Sedarlah Allah juga yang mencipta cinta

Berkorban itu yang paling utama

Mendidik sulbi dan suri ke arah agama

Kasih sayang pengikat keluarga






Zuriat lahir menjadi insani

Iman dan Ihsan asas Islami

Inilah cinta yang eternity

Dari dunia sampai syurgawi





Justeru cinta itu apa?

Cinta itu pengorbanan tuan-tuan

Cinta itu mengorbankan ego lelakimu

Cinta itu mengorbankan tubuh sihat mu

Cinta itu mengorbankan masamu

Cinta itu mengorbankan ke-remajaanmu

Cinta itu mengorbankan rajuk tawamu

Cinta itu mengorbankan kemalasanmu




Cinta itu ertinya

Menerima dia apa adanya

Menerima dia saat dia tiada apa-apa

Menerima dia saat kau diluka dengan kata-kata

Menerima dia saat semua yang lain mencerca

Menerima dia saat dia perlu dimanja

Menerima dia saat kau tidak boleh menerima dia

Menerima dia saat marahmu membunuh kesabaran jiwa

Menerima dia demi Tuhan yang Maha Pencipta!





Sukar?

Janganlah bercinta..

Kerana cinta hanya untuk MEREKA YANG MENGERTI

Nikmatnya cinta....

Indahnya cinta..









Shafiq Som
Rabu 4:20 am
21 Mei 2014








1 comment: