Sekiranya anda belum baca Episode 1, sila klik DISINI.
Sebagai pembuka bicara, aku nak mintak maap awal-awal in case ada sesiapa yang terasa dengan penulisan aku sebelum ni atau penulisan aku kali ni. Aku tak reti mengarang sangat. Dulu reti la sebab suka ngayat orang. Haha! Tapi sejak kenal Aishah, aku dah tak mengayat sesiapa kecuali dia je. So, now i'm a bit rusty in writing.
Kenapa aku cerita kat korang pasal kami? Sebenarnya aku tulis ni lebih kepada untuk aku dan Aishah kenang kembali zaman kami mula berkenalan dulu. Saje nak dia baca dan nak beritahu yang aku masih ingat semua tu. Sebelum aku terlupa, sebelum aku makin tua, sebelum aku menutup mata, aku rasa ada baik nya aku coret kan kenangan kami berdua. At least bila aku dah mati (kalau dia masih hidup) nanti, ada lah something yang aku tinggalkan untuk dia baca kot-kot dia rindu aku atau anak-anak rindu kat aku. Hasil tulisan aku ni lah. At least dapat lah doa diorang. Bijak tak aku? (Patting my back)
Aku tau tak boleh kapel. Kapel is haram. Tapi zaman tu aku budak hingusan lagi. Ada pulak pendapat yang aku pernah dengar, kalau kita ikhlas nak kahwin dengan dia suatu hari nanti, boleh kapel. Entah sapa keluar fatwa tu pun aku tak tahu. Zaman tu aku tak tau kapel tu sebenarnya langsung tak boleh. So, harap dapat dimaafkan. People do make mistakes and stupid things. Then again, it's hard to wait around for something that may never happen, but it's even harder to give it up, especially it's everything you've ever wanted. For me, it has always been Aishah. It will always be you Aishah. (If you have spotted grammatical errors, please tell me ye sayang? haha dia selalu betulkan grammar aku. Perfftt~!)
Tajuk kat atas dah macam cerita Star Wars Episode II pulak ek? Baik, lepas aku dapat nombor fon dia dari seorang junior aku-Esmael Yahya, aku masih teragak-agak sebenarnya nak mesej dia. Aku tak tahu nak mulakan macam mana sebab aku tak pernah sembang langsung dengan dia sebelum tu. Sebelum-sebelum tu kebanyakannya aku mesej aweks untuk sekadar main-main.. Kawan-kawan je. Tapi kali ni situasi dia berbeza. Aku nak tekel awek ni biar sampai jadi bini aku. So, bila berdepan perkara serius macam ni, nervous la tak tentu pasal. Takut kalau aku tak dapat, atau aku dapat lepas tu putus juga. Tak sanggup aku nak frust berkali-kali. Leceh la. Penat jiwa.
Hari pertama lepas mesej dia malam sebelum tu
Kebiasaan aku waktu tu ialah aku rajin push ups dan mandi (bukan mandi wajib). Jadi setiap kali habis je kelas n nak pergi ke next class, biasanya aku balik bilik dulu. Aku balik, bukak baju semua (jangan risau takde 18sx punya cerita lah!) kecuali seluar. Lepas tu aku push ups 50 reps laju-laju. Waktu tu aku rajin join silat, so fit lah sikit. Kurus je. Lepas dah exercise, baru aku makan nasik bungkus aku sambil tengok Drama Jepun atau anime (Morning Musume pun ada) sambil hilangkan peluh. Habis makan je, terus pergi mandi, siap-siap pakai baju then solat Zohor di surau atau masjid. Biasanya ke masjid sebab alang-alang dah nak turun pergi kelas kan..
Bukti aku dulu kurus. Gambar ini telah menggemparkan
para pengguna FB kerana jawline ala-ala manga katenye.
(cakap jela kacak. kan senang.. hihi sugarcoat pulak)
|
Grimjow Jaegerjaquez- Espada dalam Siri Anime Bleach berkemungkinan besar meniru bentuk jawline aku. |
Malam semalamnya tu, aku mesej dengan dia dalam beberapa mesej je sebab ketandusan idea. Tak tau nak sembang apa. Sekali tgh hari tu, studio Graphic Design 1 bermula. Boleh katakan setiap kelas aku sama group dengan dia kecuali kelas English (thank God! Kalau tak jenuh la kantoi aku gagap speaking. Tak macho gile! haha). Kelas Graphic Design ni kiranya kelas first untuk hari tu yang aku dapat bersemuka dengan dia sebab dia amik kelas sama.
Aku sampai awal ke kelas. Kelas aku waktu tu kosong lagi. Baru aku sorang yang sampai. Entah macam mana, tiba-tiba dia masuk kelas tu! Dia pun macam malu-malu bila nampak aku.. Gulp! Dub! Dab! Dub! Dab! la jadinya.. Aiseh.. Aku jadi cuak. Tak tahu nak cakap apa. Die masuk,
"Assalaamu'alaikum." dia beri salam.
"Wa'alaikumussalam.." jawab aku. Instinct kependekaran aku seolah-olah menduga pihak lawan.
Demo silat sewaktu menyambut kedatangan baginda Sultan Pahang (apa kaitan?) |
Dia cuma senyum dan terus duduk kat depan. Aku tersenyum bermulut herot unintentionally (bak kate orang Perak, Ate nyeghongen je deme ye?) Dia senyap je duduk menghadap ke depan.. Aku tak boleh tahan nervous duduk kat situ, so aku keluar. Bila seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram berdua-duaan, yang ketiga adalah syaitan. So, aku angkat kaki buat-buat pergi tengok pokok kat luar. Cadang nak buat-buat siram pokok, tapi kang nampak sangat pulak menggelabahnya. Dengan tangan masuk dalam poket, aku jalan-jalan di sepanjang korridor raya multimedia cuba mencari keberanian yang tak seberapa..(apahal ayat novel tiba-tiba ni?)
Entah kenapa, tiba-tiba aku jadi berani pulak. Dalam hati berniat nak bertegur sapa dengan dia, ayat-ayat sikit dan main-main mata. Aku bulatkan semangat yang sebentar tadi berbentuk bujur telur lalu aku terus pergi masuk balik ke kelas tu dari pintu belakang(jangan pikir bukan-bukan) iaitu arah yang sama aku keluar tadi. Die masih duduk seorang diri (buat-buat baca notes. gelabah jugak la tu! macam aku tak tau..).
"Chance!", bisik hati aku..
Aku menapak ke arah dia.. Lagi 10 meter nak sampai dekat dia, tiba-tiba Atiqah, Nadia dan Arina pulak masuk kelas!! Aduhh~ tak sempat nak mengayat awek..maka aku pun kembali mengundur ke belakang, balik semula ke tempat duduk aku.. Duduk bertafakur seolah-olah takde apa yang berlaku. Hmphh! Lost my chance!
Tak lama lepas tu Yushah, Shafiq Abu, n Pahmi pun sampai kelas.. Ihsan dan Mat pun sampai.. Semakin lama semakin ramai orang dan akhirnya semua orang sampai. Kelas bising. Tapi biasanya perempuan yang buat bising. Dak laki baik je duk diam-diam. Jangan marah aa.. hehe! Walaupun kelas bising, aku rasa cuma aku dengan dia je ada dalam kelas tu. Aku perhatikan dia.. Kadang-kadang dia tertoleh-toleh mencari kelibat aku. Baru la nak sedar kewujudan aku ye? Selalu pandang depan je. Taknak toleh langsung~ huhu
Ni kawan-kawan kelas aku yang banyak simpan rahsia aku waktu tu. Diorang la yang banyak nasihatkan aku waktu aku frust dulu dan waktu aku nak ngayat Aishah. Tapi bukan nasihat cara nak ngorat la. Nasihat supaya elakkan zina mata dan hati. huhu. Bagus diorang ni.. Totally husband material. Tapi malangnye diorang semua......
Muhammad bin Abdullah @ Mat berasal dari Kelantan. Married. |
Yushah Latif @Yushah bukan mat saleh dan tentunya bukan Superman. Juga berasal dari Kelantan. Married. |
Ihsan Shaharil @Ehsan. Yeop pehak piyo tapi duk Bangi. Bekas ustaz kepada adik ipar aku katenye. Married. |
First time aku bercakap dengan Aishah ialah waktu aku tolong belikan dia fail. Kisahnya, studio kami memerlukan kami keluar beli alatan. Waktu tu pulak hujan. So dia tak berani nak keluar. Aku sebagai lelaki muscular yang melindungi wanita yang lemah ni pun menawarkan diri untuk menolong dia belikan fail tu. Esoknya waktu aku nak pass kan fail tu kat dia dalam studio kami, menggeletar tangan aku. Mana taknya, dia renung mata aku sambil beri senyuman yang paling manis. Dia kata, "terima kasih!" sambil mata tak berkedip pandang aku. Aku tak biasa dengan perkara macam tu lalu jadi tak keruan. "Sama-sama" mendatar je suara nak jawab. Haha! Aku tanya dia lepas kawen, dia kata dia perasan aku menggeletar time tu. Malu je. Tulah pertama kali aku tegur dia.
(Kakak-kakak senior dia semuanya usya peliklah! Diorang anggap aku player waktu tu so diorang nak jaga adik junior diorang yang Aishah ni supaya tak terjerat dengan "player" macam aku. Rival aku pun usya tak berkedip dari belakang tengok aku bercakap dengan Aishah waktu tu. Haaa~ jangan ingat aku diam, aku tak making "the move". Ibarat tarik rambut dalam tepung bhai. Pesilat kena la gemalai tari langkahnya dan bisa serangannya. Hahahaha~! Gelak jahat seround. Diorang semua tak tahu aku kapel dengan Aishah sampai lah kitorang masuk main campus UIA. Terer gak rupanya aku ni. Pujiku sendiri. Ok, balik semula cerita tadi..)
(Kakak-kakak senior dia semuanya usya peliklah! Diorang anggap aku player waktu tu so diorang nak jaga adik junior diorang yang Aishah ni supaya tak terjerat dengan "player" macam aku. Rival aku pun usya tak berkedip dari belakang tengok aku bercakap dengan Aishah waktu tu. Haaa~ jangan ingat aku diam, aku tak making "the move". Ibarat tarik rambut dalam tepung bhai. Pesilat kena la gemalai tari langkahnya dan bisa serangannya. Hahahaha~! Gelak jahat seround. Diorang semua tak tahu aku kapel dengan Aishah sampai lah kitorang masuk main campus UIA. Terer gak rupanya aku ni. Pujiku sendiri. Ok, balik semula cerita tadi..)
Kalau tak, sebelum ni bila nampak dia kat kiosk beli barang, aku cume berani buat bunyi tikus cencurut tu je panggil-panggil dia. Bila dia pandang, aku buat-buat baca buku. Hahaha! Entahapahapa~ nak ngorat tapi tak berani. pfftt~! Wife kata dia paling tak suka kalau lelaki buat bunyi macam tu tapi for that one time only, dia suka. Ngee~
Setiap kali aku mesej dia, dia layan aku biasa-biasa saje. Tak teruk sangat, tak spesial sangat. Dalam hati mula bimbang. Kot-kot dia dah ada yang punya. So, suatu hari aku tanya la dia.. Dah ada yang punye ke belum?
"Saya putus dengan ex saya sebelum SPM. Jadi saya masih trauma untuk ada bf lagi.." dia jawab.
"Green light.." menari hati aku.
"Selain awak, ada 3 orang lagi yang dah start mesej saya.." dia mesej aku lagi.
"Alamak! Siapa masuk line plak ni?" bisik hatiku lagi..Masalahnya, tiga2 orang tu aku kenal. Hmmm..
"Diorang nak ape Cah?" tanya aku.
"Sama la mcm yang awak nak. Tapi saya dah tak mau serius dengan sape2 dah sampai habis belajar nanti" jawab dia lagi dengan panjang lebar.
"Lagi satu, jangan la panggil saya Ecah. Panggil la Sha," sambung dia lagi.
"Taknak. Nama Ecah la baru bunyi kampung sikit. Hahaha!" reply aku lagi penuh cheekiness. Bagi aku, bila nak rapat dan mesra dengan seseorang, perkara pertama yang kita kena buat ialah bergurau dengan dia. Tunjukkan yang kita happy bila bersama dengan dia dan dia akan happy bila bersama dengan kita.
"Alaa.. taknak kawan." dia merajuk (konon je tu).
"Kalau tak nak kawan, kita kawen nak? Hehehe!" aku semakin galak mengejek. Seriously, perempuan suka perkara-perkara yang buat diorang blushing termasuklah gunakan blusher untuk mekap. Betul kan?
"Huhu comel je," komen die ringkas dan padu. Waktu tu aku tau yang aku ada potensi untuk pikat dia. Apa lagi sheikh? Pasang la strategi!
Teknik DUA MINGGU
Waktu tu aku ada 3 orang rivals yang sama-sama cuba memenangi hati dia. Tapi dia pulak dah maklumkan kat aku yang dia rasa lebih selesa dengan aku sebab aku lebih santai dengan pendekatan aku yang lebih sopan dan steady. Tapi, oleh sebab sebelum ni aku pernah frust dengan ex, jadi aku agak skeptical dengan dia. Dia ni main-mainkan aku ke? Dia ni playgirl ke? Dia suka aku ke tak? Ke dia ni lesbian? Susah nak percaya awek cun mcm dia bukan player. Entahlah. Macam-macam bermain di benak.
Phewwit! |
Aku tak pernah borak dengan dia bila dalam kelas. Tapi aku cemburu tengok dia sembang dengan junior-junior lelaki. Bergelak ketawa.. Senyum.. Jeles! Jeles! Jeles! (gunakan tone suara ipin) So, kadang-kadang aku macam nak control dia. Aku tegur dia itu dan ini. Buat itu tak boleh, ini tak boleh. Dia macam tak suka la bila kena control. huhu.
Semakin lama berkawan, dia langsung takde tanda-tanda nak declare. Jadi lama-lama aku rasa dia macam tak nak serious dengan aku. Maka, akhirnya aku pasang strategi untuk uji dia. Selama seminggu aku rajin-rajin tanya khabar dia, aku dengar masalah dia, aku buat dia ketawa dengan lawak bodoh aku. Semua ni thru message je. Setiap hari aku akan end our chat dengan "I love U" walaupun dia tak reply dah lepas tu. Dia cuma cakap "saya sayang awak juga" (degil tak mau cakap the "L" word. haha!).
Dalam tempoh seminggu tu aku berhabis kredit bergayut dengan dia. Saja. Nak buat dia dengar suara aku yg macho ni (bukan aku cakap, orang lain cakap suara aku macho.Ngek gak aku ni..). Aku ada bagi dia lukisan Potret yang tak seberapa hasilnya. Nak tunjuk kat dia yang betapa seriusnya aku nak dia jadi bini aku suatu hari nanti. Alhamdulillah dia suka. Hehe (padahal dia lagi terer lukis daripada aku).
Tak silap, potret pertama yang aku bagi kat dia ialah yang background hitam tu. |
Aku perasan yang dia macam seronok di layan macam tu. Maknanya, sebenarnya dia pun suka la kat aku. Cuma dia shield up taknak melalui tempoh kesedihan yang sama dia pernah lalui sebelum tu sebab putus cinta. Aku pun enjoy juga bila tau isi hati dia yang sebenarnya. Cuma tu bukan ujiannya. Ujiannya ialah aku akan stop contact dia selama seminggu! Kenapa? This is why...
How to turn a "NO" into a "YES"?
How to turn a "NO" into a "YES"?
Minggu pertama, aku akan buat dia rasa seolah-olah aku satu-satunya yang memahami dia, aku seorang je yang pandai belai jiwa dia, aku seorang je orang yang dia boleh percaya. Kalau dia sedih, aku seorang je boleh buat dia hepi, kalau dia perlukan pertolongan, aku seorang je yang paling senang hulurkan bantuan, Kalau dia kat kelas, aku seorang je yang paling usya dia gila-gila. Aku nak dia nampak semua tu. Then, bila aku dah pastikan dia dah cair, pada minggu kedua pulak aku terus berhenti mesej dengan dia. Boleh korang bayang apa perasaannya bila ada orang buat macam tu kat korang? Mesti lah kita akan rindu kat orang tu kan? Mesti kita terasa kosong je kalau sehari tak berborak dengan orang tu. Kita akan rasa sunyi. Seolah-olah hidup tak lengkap. Itulah yang jadi kat dia. Aku buat dia tertunggu-tunggu mesej aku. Aku acah-acah merajuk la kononnya time tu. Kononnya aku dah give up dah dengan dia sebab tak berbalas. Dia curious nak tau apa salah dia. Dia asyik mesej je. hehe rasakan. (apasal tiba-tiba rasa mcm aku watak jahat cerita ni?)
Lepas dia tak tahan sangat, last2 dia confess.. Aku takkan lupa tarikh keramat tu. Tepat pada tarikh 5/2/2007. Pukul 2 pagi. Aku bertemankan Adni, member sebilik, teman borak sebelum tidur. Aishah lafazkan the "L" word melalui mesej. Tu dia.. Lega. Alhamdulillah berjaya~!!! Aku tak ingat sangat butir mesej dia tapi dia kata, dia baru sedar betapa pentingnya aku dalam hidup dia. Heuheu! K.O! I win~!
Lepas dia tak tahan sangat, last2 dia confess.. Aku takkan lupa tarikh keramat tu. Tepat pada tarikh 5/2/2007. Pukul 2 pagi. Aku bertemankan Adni, member sebilik, teman borak sebelum tidur. Aishah lafazkan the "L" word melalui mesej. Tu dia.. Lega. Alhamdulillah berjaya~!!! Aku tak ingat sangat butir mesej dia tapi dia kata, dia baru sedar betapa pentingnya aku dalam hidup dia. Heuheu! K.O! I win~!
Tanpa kami duga, Allah satukan hati kami waktu tu. Hati-hati yang pernah frust menonggeng. Hati-hati yang kononnya taknak jatuh cinta lagi. Konon nak tunggu pilihan mak ayah je nanti. Last-last Allah jumpakan dalam keadaan macam tu. By the way, dari kecik taste aku memang awek2 muka hindustan-arab ni. Alhamdulillah, Allah tunaikan permintaan aku walaupun sekadar lintasan dalam hati je.
Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
Huraian:
Sesungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah S.W.T. sebagai pengganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberikannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.
Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
Huraian:
Sesungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah S.W.T. sebagai pengganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberikannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.
Aku harap teknik DUA MINGGU yang aku ajar ni korang tak gunakan untuk mempermainkan perasaan perempuan. Sebelum UNESCO buat kempen lindungi perempuan di Youtube, Nabi SAW dah terlebih dahulu berwasiat supaya kita pelihara dan lindungi perempuan Islam kita. Jangan menzalimi zahir dan batin diorang. Bagi yang betul-betul ikhlas nak dapat jodoh, gunalah teknik tu. Jangan lupa doa dan tawakal. Kalau tak dapat gadis yang korang suka, jangan putus asa. Allah dah tetapkan jodoh kita. Kalau bukan disini, insyaAllah di syurga sana. La Tahzan.
Bosan gila kena pakai baju seragam. Haha Matrics2... |
Jamuan makan kelas English |
Yang tinggi tu Yushah. Antara pemegang mohor besar rahsia-rahsia. Lokasi: Pengkalan Balak |
Tok Ketua nak present. Dengar molek semua~! |
Spot my wife ! Where is she? |
Project tak siap lagi. Bergambor kenangan dulu. |
Ni birthday kawan sekelas. |
Terlalu kurus sampai baju nampak besar gila. |
Kalau panjang umur, aku akan cerita kisah selepas dia dah confess pulak, insya-Allah.
i teared up reading the first bit:')
ReplyDeleteTearin' up my heart when I'm with you~
DeleteYour wife, a lucky girl.
ReplyDeleteIf a guy can write this kinda confession for me, I'll be deadly happy :)
Thank you. I wish I can make her happy till my last breath. Insya-Allah.
DeleteMay Allah bless you with happiness too! =)