Sunday, April 13, 2014

Juhd Melawat Jiddah dan Jiddi!!!

Pagi Ahad ni aku bercadang melawat in-law. So, lepas bersiap-siap bawak bekal Juhd (pakaian, pampers, susu, mainan) semua, kitorang pun bergegaslah keluar. Macam biasa, adab melawat orang ni kena lah bawak buah tangan. Mak mertua aku dan adik ipar sorang ni suka makan Lamb Karahi. Lauk kambing masak karahi ni berasal dari Pakistan. Rasanya sedap dan kuahnya likat. Maknanya kuahnya pekat dan tak banyak. Sedap sangat! tapi rempah ratusnya tak macam yang biasa orang Malaysia guna. Lain sikit rasanya. Fuh~! voila takrabuz zina! Selalu kitorang beli kat satu restoran Pakistan dekat dengan rumah kitorang. Sadir Maju namanya.

Kat restoran ni ramai pakwe2 Pakistan yang hensem. Ada sorang tu muka macam Aamir Khan+Jimmy Shergill. huhu. Tapi itu bukanlah perkara utama yang aku nak bagitau kat sini. Yang utamanya ialah jangan bawak awek atau isteri korang makan kat sini Lamb Karahi kat sini sedap!!

So, kitorang order untuk tapau lepas tu gi sarapan dulu..

"Lamb Karahi bukan dicipta oleh
kumpulan KARA dari Korea".-Johnny Depp, Batang Kali (1987)

Bawah Pokok terletak diantara Mantin-Nilai (photo : courtesy of wife's Samsung tab)
Haa.. inilah tapak melaypark paling best mengalahkan mamak! Oleh sebab kedai ni takde nama, kami pun memandai-mandai letak nama kedai ni sebagai Bawah Pokok. Sebab diorang bukak kedai bawah pokok! Aku tak try semua makanan kat sini tapi kebanyakan yang aku pernah rasa, semuanya sedap. Antaranya ialah: 

1. Char kue Teow
2. Mee Goreng Mamak
3. Nasi Lemak (kurang sedap sikit)
4. Kuew Teow Goreng
5. Roti Canai

Aku berani bagi gred A untuk makanan dia dan C untuk kebersihan dia. Hehe! Anyway, sedap! Wife yang mula2 jumpa tempat ni-suggested by her fellow officemate.

Lepas dah siap sarapan, kami patah balik ke Sadir Maju untuk mengambil dan membayar lamb karahi yang di order untuk tapau sebentar tadi. Yelah, kalau ambil tapi tak bayar, mahu ditampaunya aku nanti. Lepas dah bayar, barulah boleh bertolak ke Bandar Baru Bangi!! Yeehha!~

"Abah, kita nak pergi mana ni?" -Juhd, Depan 7E (2014)
"Kita nak pergi jumpa Jiddi n Jiddah sayang,"- Abah Juhd, Depan 7E (2014)

Sampai di rumah Jiddah, Juhd telah dipaksa oleh mama dia menjadi model untuk buku kanak2 Islamik. Abah nak jadi model juge! Sesi fotografi berjalan dengan lancar tanpa onak dan duri. Tu dia! habis buku tu di baca dengan penuh minat oleh Juhd. Hari pertama buku tu bersama Juhd, satu flip-page dia terkoyak. Ganeh betoi anak aku ni. Insya-Allah jadi pejuang Islam yang digeruni musuh suatu hari nanti!


Juhd dengan lagak ngeri gaya seperti seorang bos besar syarikat lampin bayi pakai buang di sekitar
Selangor dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. - Curt Cobain, Tanjung Dawai (1997).
Tengah hari tu kami lunch bersama-sama keluarga isteri dengan penuh tata tertib serta malu2 kucen sambil menonton Astro yang ketika itu sedang menayangkan cerita lakonan Superman baru kita i.e. Henry Cavill. Aku tak tengok sangat cerita tu sebab tak tengok dari awal. Apekebenda ntah tajuk dia, aku pun tak ingat. Senang cerita, tak best pun. Haha!

Petang tu pulak, girls semua nak pergi beli chicken pie yang merupakan adik beradik Life of Pi di sebuah restoran berdekatan. Wife pun bawak Juhd pergi ke sana. Aku?

Bosan.

Tak tau nak buat apa.

Tiba-tiba biras aku ajak pergi ofis die. Aku pun apa lagi, pucuk di cita, ulam Raja mendatang!

Follow.

Untuk pengetahuan semua, biras aku ada buka kelas baru untuk budak-budak bawah umur belajar membaca. Kaedah cepat membaca yang di ajar pula ialah hasil buah fikiran mak mertua aku. Kaedah e-Xra (eclectic-Express reading approach) merupakan satu-satunya kaedah cepat baca di Malaysia yang mendapat ANUGERAH REKACIPTA 2003 dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Lawat website nya disini untuk membeli buku e-Xra.

Kat bawah ni gambar-gambar office biras aku yang berjaya aku snap tanpa pengetahuan beliau. Ada 3 buah kelas yang boleh menampung 48 orang murid dalam satu2 masa. Ada dua sesi: pagi dan petang. Kalau nak tempah tempat untuk anak2 anda, boleh berhubung direct dgn beliau melalui facebook page Mohd Ariff Abd Jalil

Peringatan: Awek2 dilarang menggoda cowok ganteng ini i.e bos besar kelas cepat membaca e-Xra melalui inbox FB beliau!

Kelas 1: Siap ada air-cond lagi!

Kelas 2: Eh! Air-cond lagi!!?

Abang Besar daerah Bangi kategori "cepat membaca" sedang merenungi
 masa depan yang cerah- Ariff, Kelas e-Xra, (2014)

Big Boss kelas cepat membaca e-Xra sedang menggayakan
meja bossnya secara kuak bebas- Jeffry Din, Telok Kemang (1985)
Guru-guru upahan semuanya perempuan dan berpengalaman lebih dua tahun dalam pengajaran dan komunikasi dengan budak-budak. Insya-Allah, anak anda akan berjaya dari seawal 3 tahun untuk membaca dengan baik. Apa2 pun yang paling penting ialah mendoakan anak-anak anda. Kita hanya mampu berusaha, Allah juga penetap segalanya. 

Jalan menuju ke kelas cepat membaca. Penampakan Blitz Book Store di sebelah kanan gambar

Inilah kedainya. Di bahagian atas. Ada banner terpampang di situ tertulis, "Admission Open"
Untuk orang2 Bangi boleh lah ramai-ramai hantar anak ke situ ye? 

Bonus: Video Juhd main dengan cousin die Medina (anak biras aku tadi) di rumah Jiddah! Sila tonton dalam HD untuk kualiti crisp terbaik!

2 comments: