Sunday, June 9, 2019

Selamat Hari Raya 2019!!


Selamat Hari Raya 2019!

Assalamualaikum! Sholom! 

Pergh! Tak sangka! Lepas 5 tahun baru tergerak hati nurani sanubari dan qalbi ni nak menulis kembali dalam blog ni. Anak dah nak masuk empat dah pun~ Baru teringat pasal blog ni. Apekabo semua? Sihat ke? Minta maaf zahir dan batin la ye sebab lama sangat meninggalkan penulisan dalam blog ni. Aku sibuk dan busy (bukan sama erti ke? heh) melukis untuk sumber pendapatan dan sumber ketenangan peribadi. Sebagai sumber pendapatan ni bil makna sumber nafkah anak bini sekali. So, most of the time masa aku tertumpu kepada siapkan lukisan atau ilustrasi tempahan orang. Selain ilustrasi, kadang-kadang aku design karekter kartun, ikon dan maskot, dan kadang-kadang kena melukis komik. Korang kalau nak tempah komik dengan aku, Wasap je ye . Ni LINK wasap nya. Selain aku melukis untuk orang lain, aku jugak ada lukis untuk kepuasan diri sendiri. Kalau korang nak baca komik aku, boleh lah lawati instagram aku kat SINI, dan baca pada bahagian insta highlight tu. Ada siri 1-4. Kalau nak baca yang dalam bentuk komik fizikal, boleh order je melalui Shopee ni.


 Komik Fizikal aku yang pertama bertajuk KHAIR 5


 So, raya korang tahun ni macam mana? Raya aku tahun ni biasa-biasa je. Beli baju raya pun malam sebelum balik raya tu. Beli kat Jakel je senang. Cutting diorang dah cantik dan sesuai untuk badan orang Asia. Malas nak tempah kat kedai jahit. Ada pengalaman tempah seluar sekolah je dulu waktu sekolah menengah. Lepas tu semua pakaian aku, aku beli yang dah siap je. Sebagai lelaki maskulin, mestilah aku berperwatakan sangat maskulin dengan
kemalasan nak shopping. kan? kan? kan? Kalau orang lelaki rajin shopping macam pelik kan? Taklah aku mengata korang yang suka shopping tu. Cuma aku sendiri ni ha memang tak suka nak shopping. Tapi kalau wife nak shopping barang dia, aku sangat bersedia untuk beri komen yang bernas dalam pemilihan pakaian dia. Hehe. kena involve benda-benda macam tu. Baru la relationship ada healthy communication. Tu pun tak tau!~ pe daaaa~


Formal
Informal
Sweet sweet
Dengan abah mama, adik beradik, anak sedara dan ipar duai
Pose Illmuniati 33rd degree LOL


Ok, contohnya waktu beli baju raya ni, wife takde pulak mintak pendapat aku. So, aku biar jelah dia beli baju raya dia dan anak-anak dulu. Aku tinggal nak matching dengan warna baju dia je. Lagipun aku memang tak kesah sangat bab-bab ni. Rasanya semua lelaki macam ni kot kan? Kalau sama macam ni, tu tanda-tanda maskulin la tu. hahaha ape kaitan?


Kalau korang nak tau....,


Raya aku tahun lepas, balik rumah mak bapak aku. Raya tahun ni pun balik beraya kat rumah mak bapak aku dulu di Ipoh? Adakah aku seorang diktator? Jeng! Jeng! Jeng! Kalau ini persoalan yang bermain main di pemikiran korang, korang berada di landasan keretapi yang salah! Sebenarnya rumah aku dan mertua aku dalam 15 minit perjalanan sahaja. Boleh jumpa selalu dan memang jumpa selalu pun. So, wife aku atas dasar ke-mithali-an dan ke-solehah-an-nya dia menurut kehendak aku yang nak beraya di Ipoh dulu. Alhamdulillah dapat jodoh yang cun dan solehah. pergh! Maka masuklah dari mana-mana arah pintu syurga yang awak sukai sayangku kerana aku redha ke atas kamu~ Muahciked! hehe wiwiitt!


Sebelum aku balik Ipoh tu, aku dah tempah Hotel Casuarina Meru untuk bermalam 3 hari dari 4hb Jun sampai 7hb Jun. Aku tempah dari bulan April kot memandangkan musim raya kan? Mestilah fully booked <--- fikir ku lagi. Sekali bila aku sampai 4hb tu aku tengok lengang tak berbuah je kawasan parking hotel. Sendu dan sendawa je tengok. Kosong tak berkereta pun. Laaaa, tak lah full pun hotel time raya. Haha! Aku tempah hotel bukan apa, rumah mak bapak aku tu tak sebesar mana. Nak accommodate ramai orang memang taklah cerita dia. Rumah taman je. Jadi, aku ambik inisiatif la dengan tidur di hotel. Datang rumah mak bapak pagi dan malam. Tgh hari biasanya diorang nak tido, jadi aku bawak anak-anak aku balik hotel semula. Mak aku la kesian sangat kepenatan memasak. Time tido dia memang aku tak nak ganggu. Ada yang aku boleh tolong dengan basuh pinggan ke apa aku tolong buat. Adik beradik yang lain ada yang masak, ada yang mengemas... gitu. Kalau orang lain yang masak, biasanya bapak aku macam taknak makan sangat. Mak aku masak jugak baru dia selera. Haha~ wiwit!


Kalau korang nak tau, raya tu mak aku bersusah payah masakkan aku makanan kegemaran aku ayam masak ungkep. Ni masakan mak aku yang boleh buat aku tambah nasik 5-6 pinggan tanpa menoleh kiri dan kanan. Masakannya tak pedas dan simple je tapi bila makan fuuuuhhh~! sedap siot! Orang jawa macam kami ni taula apebenda ungkep tu. Basically dia macam ayam masak kunyit tapi ada ketumbar jintan dan serai. Anak-anak aku yang spesis masing-masing tak suka makan pun bertambah nasik dan lauk bila dapat AYAM UNGKEP yang kesedapannya tak dapat DIUNGKEPKAN. Cia! Cia! Cia! Pun yang macam mintak kena hempuk dengan kuali. Mak aku tau aku rindu dengan masakan Ungkep dia. Dia pun masak dengan sepenuh hatinya. TQ mama. I love you so much! Ada satu lagi masakan mama yang aku suka gila yakni AYAM MASAK TERUTUP. Yang ni masakan pedas. Dia macam ayam masak merah sikit tapi 200 kali ganda lagi sedap.


















Aku tak beraya ke mana-mana sebab niat nak spend masa dengan mama abah je raya kali ni. Jarang dapat balik bila dicengkam dengan kerja yang tak pernah khatam. Bila raya lah baru dapat bergumbira bersama insan yang tak pernah terlupakan. Paling aku puas hati bila dapat bawak anak sedara aku Aimy Nasuha berhibur bersama anak-anak aku. Sebelum ni ada sekali tu aku balik sekejap je. Dia ada di rumah mak bapak aku waktu tu. Tapi aku dapat spend masa dalam 3 jam je dengan dia. Bila aku nak balik ke Selangor waktu tu, dia punya menangis sambil tekup muka ke badan mak dia a.k.a akak aku buat hati aku sayu sangat. Dia sedih dan meratap pemergian kami waktu tu bersungguh-sungguh sangat sampai gambaran kesedihan wajah dia  sambil peluk akak aku tu tertangkap dek memori aku ni. Antara sebab aku tempah Hotel Casuarina tu asalnya adalah sebab nak bawak dia main kat swimming pool hotel tu tapi rupanya hotel tu takde swimming pool pulak. Last minit punya perancangan, aku bawak dia main kat Kidzoona Aeon Klebang Ipoh. Lepas tu bawak dia gi McD beli aiskrim, nugget dan ayam. Lepas tu bawak dia ke hotel kami untuk bermalam bersama anak-anak aku lepas dapat keizinan kakak aku. Alhamdulillah, dia teruja, puas hati, seronok pagi tu bila balik semula ke Cameron Highland. Aku dan isteri pulak happy gila sebab dapat tunaikan hajat dia spend masa lama-lama dengan anak kami-- Juhd, Qomar dan Khair.






Aku balik 7hb tu pukul 11.30 pagi dan sampai rumah pukul 3.30. Alhamdulillah traffic lancar. Walaupun kadang-kadang ada sedikit kelewatan bila encik lori dan bas memotong di lane kanan dan bawak 80km/jam. Anyway, kitorang selamat sampai. Safe and sound. Anak-anak, mak bapak dan anak sedara happy. Dapat bersilaturrahim dan beraya bersama. Tak dapat ke rumah sedara mara. Tapi takpe, next time ada masa aku gi Johor jumpa sedara mara aku kat sana. Ape ade hal. Raya kan setahun~~ eh?!




No comments:

Post a Comment