Monday, August 25, 2014

Perkenalan Dengan Isteri di Matrik UIA

Aku berkenalan dengan wife pada tahun 2006. 

Waktu tu kami masih belajar di Matrikulasi UIA (MCIIUM) sebelum nama tempat ni di tukar menjadi Pusat Asasi UIA (CFSIIUM). Jangan tanya kenapa nama tempat tu ditukar. Sebab aku tak ambik tahu. Maka aku serba tak tahu. Tapi kalau tanya pasal Freemason banyak la yang aku tahu.

Sebelum memulakan kisah kami berdua, izinkan aku maklumkan pada korang yang ketika tu aku berumur 19 tahun, dan wife aku berumur 18 tahun. Maka, setakat ni korang perlu paham yang ketika itu kami masih budak hingusan lagi. Maka segala kebodohan dalam cerita ini harapnya dapat dimaafkan.

Aku masuk belajar di Matrik UIA pada tahun 2005. Di UIA ni, korang kena sort by English fluency. Sedikit latar belakang aku yang korang kena tahu, aku datang dari keluarga yang sederhana. Keperluan serba tak ada tapi alhamdulillah mencukupi untuk kami 8 adik beradik membesar.Untuk makluman, aku anak ketiga. Maknanya ada 5 orang lagi adik-adik di bawah pentadbiran aku. Abang Besar jugaklah kiranya aku ni.

Sebelum aku masuk Matrik UIA, aku dah masuk Matrik Perak. Ada lah jugak beberapa orang pelajar di situ yang datangnya dari sekolah aku dulu. Ramai kenalan. Tapi oleh sebab aku masuk lewat dua minggu, banyak syllabus yang aku ketinggalan. Diorang ajar cepat sangat. Aku tak boleh nak catch up. Alhamdulillah, dua minggu lepas tu, dapat tawaran masuk UIA. Aku pun masuk lah UIA. 

Berbalik kepada cerita asal, English aku pada waktu tu sebenarnya sangat-sangat teruk. Disebabkan aku dapat ban 4 je dalam MUET, aku kena buat 2 tahun di Matrik UIA. Wife pulak belum masuk lagi waktu tu. Dia kan muda setahun dari aku.. Phewwwwiiitt! (apehal tibe-tibe?). Tapi English die power lagi daripada aku - dari segi pertuturan la kan.., tapi dalam spelling, aku lagi handal. Hahaha! (berlagak gile!). 

Disebabkan MUET dia dapat ban 5, die buat setahun je di UIA. Kalau korang nak tahu betapa teruknya English aku waktu tu, try la speaking dengan aku waktu tu (in case kot-kot korang ada time machine) sebab kalau korang speaking dengan aku yang sekarang, silap besar la..aku siap buat rap lagi speaking dengan korang nanti. Lancoooorr je bak kate orang Perak (jangan silap paham bila bercakap dengan orang Perak. Lancor di sini bukan bermaksud "lancau" tetapi "lancar". Lancau=mencarut, Lancar=fluent dalam bahasa omputih. Harap maklong.). Inilah antara sebab kesultanan Perak tak ada Putera Mahkota. Istana gunakan Raja Di Hilir, Raja Muda, Raja Kechil dsbg. Sebab, kalau orang Perak sebut Putera Mahkota dalam slang deme, suku kata "ta" dalam perkataan mahkota akan bertukar menjadi "te" maka, sebutannya...... Apa aku mengarut ni? Well, let's back to the business shall we?


Sebelum berkenalan dengan isteri

Sebelum wife masuk UIA, aku telah terberkenalan la pulak dengan beberapa orang aweks.. (Hmm.. nak cerita ke tak nak ye bab ni..?) ........ (still thinking....) hrmmm.. cerita je lah!

Index:

Aweks        bermaksud perempuan/kawan perempuan/adik angkat/kakak angkat


Untuk kaum hawa yang sedang membaca artikel ni mohon bersabar dahulu dan jangan judge aku. Lek lu.. Panjang lagi nak story ni. Mahu 1001 malam baru habis.. Seperti peringatan di awal-awal artikel tadi, time ni aku adalah seorang budak hingusan. Baru nak up la senang cite. Baru nak kenal dunia. Baru nak paham cinta itu sebenarnya apa? 

Dipanjangkan cerita (jangan harapla aku nak pendekkan), aku berkawan baik dengan ramai perempuan. Aku sebenarnya tengah culture shock time tu. Sebab, aku asalnya bersekolah agama tingkatan 1-2. Tingkatan 3-5 aku pindah sekolah sukan yang agak sekular. Tapi waktu sekolah, aku takde berani-berani sembang dengan perempuan kecuali dua orang je yang betul-betul aku selamba boleh sembang. Ex aku, dan sorang lagi adik angkat aku. Biasanya bila depan perempuan, aku tertunduk dan tersipu-sipu malu cuba untuk menjauhi diorang. Tu zaman sekolahla. Bila masuk Matrik, baru mula berani sikit. Mungkin sebab aku perlu aktif dalam persatuan dan event-event yang dijalankan. Komunikasi yang produktif memerlukan aku untuk meruntuhkan tembok perasaan malu aku. Terpaksa. Akhirnya, culture shock. Sekali bukak mulut, kawan-kawan perempuan aku kata aku sweet talker, watak penggoda, dan anggap aku player. Padahal aku cuma ada kaset player je (lame joke alert!) . Krik... Krikkk.. Move on!

Ex aku kat sekolah dulu pun masuk UIA juga. So, tak pasal-pasal kami berkawan balik.. Selain dia, aku ada dua orang adik angkat yang agak kamceng dengan aku (aku rasa diorang pun sedang baca artikel ni) dan beberapa kawan perempuan yang hanya sekadar kawan baik. Kat Silat Gayong ada sorang, Kat kuliyyah ada 2-3 orang, kawan kepada kawan yang Silat Gayong tu pun ada sorang, kakak angkat dalam silat gayong pun ada sorang, kawan yang aku kenal waktu kelas English ada sorang, kawan yang waktu tu aku tak ingat macam mana boleh kenal pun ada sorang. Tapi yang penting, takde perasaan apa-apa pada diorang. Kawan semata-mata. Alhamdulillah. 

Oleh sebab ramai senior masuk main campus UIA di Gombak, Persatuan Silat Gayong akhirnya tinggal kami para junior. Jadi banyaklah program yang kami kena handle. Dipendekkan cerita, (yang ni kena pendekkan, kalau tak marah sayang aku nanti) ada seorang awek baru masuk persatuan. Dalam proses menghandle event, akhirnya aku berkenan la kat dia. Jadi serius kejap. Cintan cintun mainan duniawi. Waktu tu aku terlalu serius dengan dia tapi akhirnya dia mintak putus sebab nak balik kat pakwe lama die balik. Maka frust menonggeng la aku time tu. Sedih sangat sampai aku berubah sikit. Konon-konon marah sangat, aku pergi ayat awek ramai-ramai dengan niat nak mempermainkan diorang. Jahat betoi aku time tu. Psycho path pulak jadinya. Pernah sekali aku selamba je pergi tegur budak tudung labuh ajak borak. Seingat aku time tu Raudhah Festival a.k.a Rafest. Aku bukak booth silat dan booth kuliyyah AED. Budak tu punye sebelah gerai AED. Aku nampak dia, terus aku datang sembang dengan dia. Kawan-kawan tudung labuh dia yang lain usya aku dengan mata berapi je. Haha! bongok gak aku ni. Mengayat sesuka suki. Astaghfirullahal 'aziim. Gile.

Alhamdulillah, aku ada sahabat-sahabat sebilik dan sekelas (lelaki) yang banyak menasihati aku time tu, aku masih bertuhankan Yang Maha Esa, aku masih sedar yang Allah sedang menguji aku. Maka tak lama lepas tu aku kensel niat tu dan aku kembali pulih. Kesian awek-awek yang aku ayat semua tu. Yang penting, hati ni makin pulih. Aku sedar, Allah nak beri aku yang lebih baik sebagai teman hidup aku.

Kepala Paip

Mesti ramai yang ingat aku silap taip tajuk atas ni. Tak. Kepala paip itulah yang membuatkan aku decide nak sehidup semati dengan wife aku. 

Begini ceritanya (panjangkan balik).. Masuk tahun kedua aku di Matrik UIA, aku dah mula nak fokus semula dalam pelajaran. Aku masih lagi contact para aweks tapi mesej je la. Kalau ada yang nak ngade-ngade ajak makan sama, aku tak layan. Maleh ah! Kang aku cair.. Aku ni dah la jenis kalau bercakap dengan orang mesti tengok mata diorang. So dari mata kang turun ke hati pulak. Tamo2~ Tundukkan pandangan lah lagi baik.

Aku kerap lepak dengan geng-geng aku je. Takde dah nak pikir soal cinta kononnya. Taknak bercinta dah kononnya.. Aku ingat hati aku ni aku yang punya padahal hati ini Allah yang punya. "Makhluk tak kuasa, Allah yang kuasa". Allah boleh bolak balikkan hati manusia. Dan itulah yang terjadi pada aku. Maka tibalah hari itu....,

Hari aku jatuh cinta yang sebenar-benar cinta (cinta pada Allah mesti paling atas jangan dipersoalkan).. Hari yang terpaksa aku mungkiri janji yang aku dah buat untuk takkan jatuh cinta lagi.. Jiwang? Mampus pi kat hang. Dah memang aku betul-betul jatuh hati waktu tu. Nak buat macam mana?

Pagi tu Arwah Bro.Hisham baru lepas panggil nama student untuk check attendance. Kelas kami asingkan lelaki dan perempuan. Perempuan belah kanan Bro.Hisham, lelaki belah kiri Bro.Hisham. Aku duduk kat row tengah, dekat tingkap. Ada seorang budak junior perempuan yang belum masuk kelas time tu. Perempuan. Waktu tu aku baru lepas joking around dengan  kawan aku, aku kata nak usya budak junior perempuan. Sekali yang ada time tu cuma sorang junior perempuan, dua orang junior lelaki. Junior perempuan tu pulak bukan taste aku, so.. harapan kiciwa. huuu~

Lepas Bro.Hisham panggil attendance, arwah duduk je. Mungkin tengah menyemak syllabus baru. Aku pun merenungi luar jendela je..absent minded. Indahnya dunia cipataan Illahi...

Mungkin korang takkan percaya, cerita ni aku cuma pernah beritahu pada orang yang rapat dengan aku je. Entah kenapa, waktu tu jantung aku tiba-tiba berdegup kencang.. Macam ada yang tak kena. Kat luar kelas terdengar bunyi tapak kaki orang pakai high heels sedang menapak mendekati kelas. 

Tok! Tok! Tok! pintu diketuk..

Masuk! jawab Bro.Hisham..

Seorang awek cun masuk dalam kelas. Nafasnya tercungap-cungap. Mukanya sikit berpeluh. Itulah kali pertama mata ni menatap wajah bakal isteri. Waktu tu juga aku terdengar suara berbisik kat telinga aku, 

"Inilah bakal isteri kamu.." bisik suara tu. Serius, aku tak tipu. 

Aku dengar suara tu sejelas aku dengar kalau orang bercakap dengan aku dalam jarak 1 meter. Dekat sangat bisikan tu. Subhaanallah. Dalam hati ni Allah je yang Maha Tahu. Dup! Dap! Dup! Dap! Lain betul perasaan bila jatuh cinta. Bukan perasaan yang sama dengan para aweks sebelum ni. Perasaan dia lain. Perasaan yang exciting tapi tenang. 

Awek tu speaking English sedangkan kat Matrik, kebanyakan orang cakap BM je. English dia U.K. mari. Memang fluent tahap naga. Aku perhati je dia.. Comel! huhu. Dia mintak maaf sebab lambat datang. Dia sesat tak jumpa kelas. Normal. First day datang kelas.. Aku usya lagi.. kawaaaiii~~~!!!!jerit batinku.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Tapi, makin aku istighfar, makin kuat pulak perasaan kat dia. hmm..

Problem aku ni sebagai Melayu, aku ada inferiority complex, low self-esteem, dan pemalu sangat. Bila aku tengok dia speaking macam tu pun aku dah downgrade diri sendiri sebab rasa macam tak sekufu, tak layak, dan macam takde masa depan dengan dia. Allah.. perasaan yang tak best. Aku rasa die terlalu perfect untuk aku jadikan isteri. So, waktu tu aku tak berani nak cucuk jarum pun. Sekadar memandang dia dari jauh.. Bila dia sembang dan ketawa dengan kawan-kawan dia, aku cuma senyum je.. tumpang gembira..

Aku tengok dia sekali pun dah boleh agak dia ni agak berada orangnya. Lain la macam aku, sentiasa tak ada. Tapi aku tetap tak puas hati kalau tak dapat memiliki dia!

Banyak kali aku berdiri sebelah dia.. Sambil tersengih-sengih pandang dia. Waktu tu kami kat kedai printing. Tapi dia langsung tak perasan kewujudan aku. Sedih. Dia sentiasa bergerak dalam kumpulan junior dia je.. Aduhh.. Tak pandang aku langsung.

Kadang-kadang time lunch, aku akan follow dia dari belakang dalam jarak 10 meter. Katakan dia berhenti makan kat cafe sini, aku akan duduk di cafe sebelah sana biar boleh duduk berdepan dengan dia dalam jarak 50 meter. Biarlah dia tak perasan kewujudan aku, asalkan dia satu-satunya awek yang wujud dalam hati ni. Aku sentiasa perhatikan dia dari jauh. Dia tak tahu. Tak sedar pun. 

Waktu tu aku masih berbelah bahagi samada betul ke nak memperisterikan dia satu hari nanti atau kami tak sekufu? Tak setaraf? Layak ke aku kahwin dengan dia? Aku tak boleh nak decide. Help me God!

Sehinggalah aku akhirnya membuat keputusan lepas dia buat lukisan kepala paip untuk projek studio. Fuhh~ Dia punya bakat dalam painting realism sangat-sangat aku kagumi sampai sekarang. Takde siapa dalam kelas tu boleh challenge dia termasuklah aku. 

Gambar lukisan ni di ambil dari tepi. Kalau dari depan lagi nampak real dan timbul. Sayangnya lukisan dia dah dicuri orang.

Entah kenapa aku jadi berani tiba-tiba lepas tengok lukisan dia. 1. Aku memang dah ada perasaan kat dia. 2. Aku adore skill melukis dia. Maknanya, sekarang ni aku dah jadi peminat dia pada tahap super. Suka semuanya pasal dia. Subhaanallah, Allah je yang Maha Tahu perasaan aku waktu tu. Jatuh cinta yang teramat. Study, ingat dia.. Nak solat ingat dia.. Nak makan.. ingat dia.. Allah.. Siksa juga perasaan tu. Tido? Memang banyak kali mimpi dia..

First mesej

Aku dapat nombor fon dia pun susah time tu. Mintak kat sorang junior ni.. Turns out, dia pun ada feeling kat awek tu. Hmpph! Jangan harap dia bagi. Nasib baik junior lagi sorang tu bagi nombor fon dia kat aku. Cuma aku tak tahu nak tulis apa. Padahal dah ramai aweks yang aku pernah tegur. Tapi dia lain sikit. Rasa macam pertama kali buat benda ni. 

Mesej aku kat dia,

Aku: Assalaamu'alaikum, ni Aishah ke? Saya Shafiq. Satu studio dengan awak.

Dia: W'kum salam, ye ni Aishah. Shafiq mana satu?

Aku: (lupa plak ada dua orang Shafiq dalam kelas tu!) Saya Shafiq Som.

Dia: Ooo. Mana dapat nombor saya?

Aku: &^%&* yang bagi. Saya nak berkawan dengan awak boleh?

Dia: Kita kan sekelas. Memang dah kawan la. 

Aku: Tak. Saya nak jadi special. (Tu dia! straight to the point. Ikhlas kalu, kena buang malu!)

Okay, setakat tu je aku boleh share. Yang penting lepas tu baru lah dia tau kewujudan aku. Baru die tercari-cari aku kat dalam kelas. Bila aku present kat depan, kekok aku di buatnya. Dengan mata dia yang cantik tu duk renungnya aku lama-lama. Senyum-senyum.. Aku plak yang blushing.. hahaha! Sekian. tu saja buat masa ni. Panjang benor taip kang orang maleh bace plak. Next aku akan tulis pasal macam mana aku turns a "NO" into a "YES" pulak, insyaAllah.. Skill ni aku tak mau ajar kat sapa-sapa asalnya. Tapi aku kesian jugak kalau ada orang yang perlukan ilmu ni tapi tak tahu nak mula macam kan? Takpe nanti aku tulis teknik DUA MINGGU, till then X0X0! (cilok trademark wife kat blog die! hahaha!)

Sambungannya klik SINI







6 comments:

  1. hahhahahaha.bapak klaka.ok kemon sambung crita nnt ak nk baca.lawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni link cerita terbaru: http://shafiqsom.blogspot.com/2014/08/episode-2-perkenalan-dengan-isteri-di.html

      Maira ni Amirah ke?

      Delete
  2. X tau kenapa rasa mcm siaran ulangan bila baca post ni. Ko pernah citer ke dulu? Atau ada bisikan misteri yang pernah bercerita di hujung telinga?

    ReplyDelete
  3. hahaha , terbaikla bro. haha mmg dpt kawin sungoh ke .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat kahwin bro. Alhamdulillah, jodoh. Dah nak masuk anak nombor 3 dah pun ni. huhu

      Delete